Sebagai panduan, kalau dari mana pun kita, kita perlu menghala ke Bandar Kuala Kubu Bharu di dalam daerah Hulu Selangor. Dari situ, ikut sahaja papan tanda ke Sungai Chilling atau boleh juga ikut papan tanda ke Bukit Fraser. Ia menggunakan jalan yang sama. Dari Kuala Kubu Bharu lebih kurang 13km saja. tiada petr0l pam jalan ke sana. Kalau minyak dah E atau dah nyala lampu warning, baik korang isi minyak siap2. Nanti jalan ke sana berbukit sikit melalui Empangan Sungai Selangor.
Jalan melalui empangan sungai selangor luas macam higway. Ada dua lane sampai ler korang jumpa satu jambatan sempit. hati2 k kat situ tak0t berselisih ngan keta lain. lepas jambatan tu sikit je da boleh nampak pintu gerbang sebelah kanan lebih kurang 50m dari jambatan tadi.
Parking je di bahu jalan dan kunci baik2 sebab tiada orang akan jaga kat parking tuh. Jalan tu sunyi melainkan kereta yang lalu nak ke Bukit Fraser saja. Dari pintu gerbang ke tempat admin lebih kurang 300m. Sampai je kat dalam tu dah leh nampak kawasan lapang. Boleh berkhemah n berkelah. Bayar kat penjaga tu RM1 untuk s0rang dan isi buku l0g.
Sungai chilling ni dibuka pada hari jumaat, sabtu n ahad je dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. dari tempat admin ke Air terjun sungai chiling amik masa perjalanan lebih kurang 45 minit hingga sejam. perlu redah 5 anak sungai untuk sampai ke sana. trek untuk laluan p0n disediakan dan dijaga dengan baik. Kalau ikut trek, insyaAllah tak sesat. kalau tak silap, untuk melintas anak sungai p0n..ada diletakkan papan tanda untuk memaklumkan bahawa kita perlu melintas sungai.


