Friday, December 7, 2012

" Malaikat Maut menziarahi manusia 70 kali sehari "


"  Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.  Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak tawa. Maka berkata Izrail Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih tetap saja banyak ketawa "


Malaikat MAUT sangat sayang kat kita!!

1 hari = 24 jam = 1440 minit ....
1440 minit / 70 = 20.571 minit ...

ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit ! wahai kawan-kawanku, sentiasalah ingat MATI.. ajal boleh datang bila-bila masa..walau di mana pun kita berada. Ingatlah MATI. kerana Muslim yang cemerlang dan berjaya sentiasa ingatkan MATI.

Subhanallah!!











Wednesday, July 18, 2012

Al-fatihah

Assalamualaikum...

Aku ni bukan la kaki blog sangat pun. time rajin je intai kejap2.. 
ada sorang blogger ni aku follow dari tahun lepas..
meninggal dunia akibat kemalangan pada awl bulan 6.
Beliau juga merupakan anak buah kepada pengarah Along Kamaludin..

Yasmin Johari


berikut sedikit profil Allahyarhamah Yasmin Hunwick



Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang, tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar ,open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian ,pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Twitter : @yasminhunwick
Tumblr :themeanofmien.tumblr.com


info mengenai kejadian SINI



**Al Fatihah untuk roh Allahyarhamah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dari Illahi InsyaAllah. ~daripadaNYA kita datang,kepadaNYA kita kembali~


Blog arwah kini di update oleh ibu arwah sendiri..





Tips nak ke Sungai Chilling, Kelah Sanctuary di Kuala Kubu Bharu



Sebagai panduan, kalau dari mana pun kita, kita perlu menghala ke Bandar Kuala Kubu Bharu di dalam daerah Hulu Selangor. Dari situ, ikut sahaja papan tanda ke Sungai Chilling atau boleh juga ikut papan tanda ke Bukit Fraser. Ia menggunakan jalan yang sama. Dari Kuala Kubu Bharu lebih kurang 13km saja. tiada petr0l pam jalan ke sana. Kalau minyak dah E atau dah nyala lampu warning, baik korang isi minyak siap2. Nanti jalan ke sana berbukit sikit melalui Empangan Sungai Selangor.

Jalan melalui empangan sungai selangor luas macam higway. Ada dua lane sampai ler korang jumpa satu jambatan sempit. hati2 k kat situ tak0t berselisih ngan keta lain. lepas jambatan tu sikit je da boleh nampak pintu gerbang sebelah kanan lebih kurang 50m dari jambatan tadi.

Parking je di bahu jalan dan kunci baik2 sebab tiada orang akan jaga kat parking tuh. Jalan tu sunyi melainkan kereta yang lalu nak ke Bukit Fraser saja. Dari pintu gerbang ke tempat admin lebih kurang 300m. Sampai je kat dalam tu dah leh nampak kawasan lapang. Boleh berkhemah n berkelah. Bayar kat penjaga tu RM1 untuk s0rang dan isi buku l0g.

Sungai chilling ni dibuka pada hari jumaat, sabtu n ahad je dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. dari tempat admin ke Air terjun sungai chiling amik masa perjalanan lebih kurang 45 minit hingga sejam. perlu redah 5 anak sungai untuk sampai ke sana. trek untuk laluan p0n disediakan  dan dijaga dengan baik. Kalau ikut trek, insyaAllah tak sesat. kalau tak silap, untuk melintas anak sungai p0n..ada diletakkan papan tanda untuk memaklumkan bahawa kita perlu melintas sungai.



Tiket USS murah !!


Sesiapa yang berhajat nak pergi Universal Studi0 Singap0re, Korang boleh cuba tiket ni :-


Sila lihat *Muka-Buku* Rosmanizah Abdul Rahman untuk TESTIMONI PELANGGAN atau hubungi saya
melalui Hp 012-3949154
atau e-mel Lan_ieza@yahoo.com

Cara ke USS
1)Memandu kenderaan sendiri
2)Naik Bas dr JB terus ke USS - RM30 pergi dan balik/person (First come first serve)
3)Private Van ke USS - RM500 pergi dan balik/van(First come first serve)

Bagi tertanya-tanya kenapa harga tiket saya murah kerana rakan saya memiliki syarikat pelancongan di Singapura dan dia dapat membeli tiket dengan pakej yang menarik

NOTA PENTING:
1) Tiket tersebut sah sama seperti anda membeli secara online dari laman web USS(anda boleh call USS untuk pengesahan mengikut Booking Confirmation No).

2) Tidak perlu beratur dan bersesak-sesak untuk membeli tiket di kaunter.

3) Anda hanya perlu print fail PDF dalam kertas A4 untuk masuk ke USS

4) Simpan tiket dan dapatkan cop tangan untuk masuk semula ke USS .

5) Semua permainan dan pertunjukan di USS adalah percuma termasuk ticket masuk.

Cara Pembayaran:
1) Fund Transfer (Maybank atau CIMB) - e-tiket akan dihantar melalui e-mel
2) PAYPAL / Credit Card - e-tiket akan dihantar melalui e-mel (caj 3.4% + RM2 dari total invoice)
3) Jumpa, Tunai dan ambil ticket (exit highway 213 Putra Mahkota)

Saya akan email e-ticket dalam masa 24 jam paling awal atau 48 jam paling lewat)

Do not worry to buy from Me..Trusted Seller
here..Online seller since 2009. Buy with full confident.

-FULLY REFUND IF INVALID TICKET-  

Ni adalah contoh tiket USS dari beliau.


Tuesday, July 17, 2012

Apa Itu Puasa Di Bulan Ramadhan?

Setiap tahun, di bulan ke sembilan dalam kalendar Islam, Muslim di seluruh dunia menahan diri mereka dari makan, minum, bersembang kosong dan beberapa perkara lagi dari terbit fajar hingga terbenam matahari.


Tuhan yang satu telah mensyariatkan berpuasa kepada orang beriman, dan ia mempunyai banyak sekali kelebihannya. Kenikmatan material boleh dilihat dari segi makanan dan minuman, nikmat seksual dan perkara lagha. Berpuasa memerlukan kita mengelak dari 

perkara ini yang bertentangan dengan perintah Tuhan. Ini membina dan menguatkan kawalan diri seseorang, mendekatkan mereka kepada Pencipta. 

Antara manfaat lain ialah: 
  • Berpuasa mengajar kesabaran, kawalan diri dan disiplin. 
  • Berpuasa menambah rasa kasih pada yang tidak bernasib baik.
  • Berpuasa membina fokus kepada spiritual lebih dari material.
  • Berpuasa mempunyai banyak manfaat kesihatan. 
  • Berpuasa boleh menghilangkan dosa dan menambah pahala 
  • Berpuasa mengingatkan kita kepada acara keagamaan yang penting 


“dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang 
perempuan yang berpuasa…Allah telah menyediakan bagi 
mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar..” 
( Qur’an 33:35)


Bagaimanapun, sebab sebenar berpuasa di bulan Ramadhan itu lebih dari sekadar menghindari dari beberapa perkara sahaja. Ia adalah waktu kita menggandakan usaha untuk mencapai kesempurnaan rohani.

“Dahaga dan lapar yang kamu rasai dan lalui, di sini dan sekarang, adalah untuk menyedarkan minda kamu akan keadaan di Hari Pembalasan.  

  • Berilah sedekah kepada mereka yang fakir dan miskin. 
  • Layanilah ibu bapa dan orang yang lebih tua dengan perasaan hormat 
  • Sayangilah anak-anak dan orang muda dari kami 
  • Berilah perhatian kepada kaum kerabat mu. 
  • Jagalah lidah dari perkara yang tidak patut di sebut 
  • Tutuplah mata kamu dari perkara yang tidak sopan untuk pandangan mata kamu 
  • Pekakkanlah telinga kamu untuk sesuatu yang tidak baik untuk telinga kamu 
  • Berlembutlah dan berbaiklah terhadap yatim piatu agar anak-anak kamu nanti, jika perlu, menerima layanan yang sama dari yang lain. 
  • Bertaubatlah kepada Allah dan carilah kedekatan kepadaNya”  

Selain dari puasa dan berusaha untuk moral terbaik, Muslim juga menggunakan banyak masa dan tenaga di bulan ini untuk bersolat dan berdoa kepada Allah. Dalam beberapa malam di bulan ini, Muslim akan berjaga sepanjang malam untuk beribadat.


“Aku berlindung kepada rahmat Mu, Ya Tuhan, apabila malam berakhir dan Ramadhan tamat, dan aku masih lagi seorang yang berdosa, yang bakal dihukum pada hari aku dhadapkan kepada mu.”



NIAT PUASA RAMADHAN (HARIAN)

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala


NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala








Monday, July 16, 2012

Sungai Chilling, Kelah Sanctuary di Kuala Kubu Bharu

Sebelum ni, penah dengar je orang duk sebut2 Sg. Chiling kat kuala kubu baru.. ramai yang kata sangat cantik.. tapi amik mase jugak nak meredah sungai bagai tuh. Bet0l ke? Sebelum nak pi tu aku sempat gak men'google' pasal sungai chilling nih. meh nak share skit.. Sg. Chiling ni merupakan pusat pemuliharaan ikan kelah. Ia berada dalam hutan simpan kekal yang dijaga oleh kerajaan Selangor. tapi jangan sesuka hati nak mancing n tangkap ikan lak kat sini. 



Hah, kali nih ak pi sendiri ngn group skuad kembara keratong.. 14/7/2012. konvoi bermula dari Restoran Jejantas Sg. Buloh.. kami bergerak menuju ke destinasi yang aku rase agak jauh ke dalam.. terase puas drive tapi tak jugak sampai2.. haha..maybe 1st time k0t sampai area nih.

Kalau pi sendiri ni mau sesat barat… ni p0n sebab 0rang ajak. Pikir pat belas ratus kali gak nak follow dia0rg. Tak bape kenai kan.. malu2 jugak ler.. hee.. ok tutup cite tuh. Setibanya kami kat sg chilling waterfall.. park keta tepi2 jalan je.. xde parking khas. Seb baik bawak keta kecik. Kalau bawak bas tadi, mana mau parking.. sempit okay! 

Kalau rase lepas hiking nak salin terus kat situ better bawak baju siap2..adee surau n toilet tapi kecik je la.. klu kena time ramai orang, berasap la kau tunggu turn. dan kering dulu baju tuh.. ;p Dari parking nak ke pintu masuk tu je da berpeluh berjalan.. aku rase dah beratus tapak nak menapak ke situ..dalam 300 meter k0t. 


Sebelum terus kan aktiviti cari port tuk mengalas perut dulu.. ramai jugak yang wat family day kat sini. Meriah jugak. Tapi sayang xde challet.. so wat aktiviti je la. Siap register nama sumer, kami p0n teruja meredah laluan yang di sediakan. permulaan perjalanan kiri kanan cam lalang.. mujur pakai baju lengan panjang.. selamat sket lengan nih. haha.. lepas tu jalan da ok.. ade laluan yang selesa walaup0n ade l0pak2 air. tak payah nak elak sangat ler. nanti kasut k0rang akan basah jugak.



                             
Rase nya 5 anak sungai k0t redah baru sampai ke kemuncak. sejuk t0l air dia.. ade yang paras lutut.. pehe. pape p0n barang2 dalam beg kena cover ngan plastik lain tak0t terendam sekali kan.. mase redah ni kena gak hati2.. batu licin/berlumut kot. klu tersilap langkah, memang leh jatuh.. ape yang penting 'kerjasama'.



Ada satu part tu, kena panjat bukit yang agak tinggi jugak.. harapkan berpegang pada akar kayu n pokok2 yang ade dekat je situ je.. lembik gak lut0t nak nyampai kat atas.. tinggi kemain. haha..


Finally, kami smpai jugak kat atas.. Bebet0i kat air tejun jatuh.. memang cantik.. Nak dekat sejam k0t meredah.. s0, lepak la lame sikit kat atas. Mandi bagi puas dulu sampai kecut2 kulit. Gigil k0t… 




Nak dekat 2 jam kat atas, cuaca pon tak berapa nak ok menandakan hujan akan turun, s0, cecepat ler kami kemas tuk bersiap pulang.. memang tak pandang kiri kanan dah.. kalau boleh nak cepat sampai kat bawah.. tuk korang yang nak pi, better ngok cuaca dulu.. kalau agak2 nak ujan, baik jangan pi.. risik0 tinggi.. macam2 boleh jadi. beringat sebelum kena kan.. huhu.


Alhamdulillah, sampai jugak bawah.. baju pun hampir nak kering.. kta0rg decide nak salin pakaian kat masjid kuala kubu baru.. selesa skit tuk mandi n solat. perjalanan dalam 20 minit kot dari sg chilling tuh.. 

Siap2 terus gerak pi cari kedai makan.. lapar berendam lelama..huhu. lepas makan dalam kui 5 k0t gerak balik k.l... papep0n, memang best dapat j0in k0rang! 

Tuesday, July 10, 2012

Trip 2 Penang (2/7/2012-4/7/2012)


Assalamualaikum….

Hampir bersawang bl0g aku nih.. baru ler ade m0od nak update.. banyak citer yang l0mpat2 nehh.. yang KUWAIT p0n x hapdet lagi.. huhu.. Kali ni nak citer pasal trip ke pulau pinang.. aku k0ngsi sket tips tuk k0rang k.. kalau rase berguna tuk mse hadapan ler.. mana tau kan nak wat trip sendiri ngan kengkawan @ family.. Trip ini aku namakan ‘Budget Trip’.. hee.. nak tau kenapa? semer yang aku b0ok nih time prom0.. n0t bad ler.. dapat gak harga murah2 dari biasa…

Tiket flight aku book tahun lepas bulan 11 masa ade pr0m0 tuk besday Air Asia kalau tak silap… seat 10sen k0t.. campur itu, campur ini.. tup2.. RM35 pergi balik.. 0kay ler tuh kan.. mane nak dapat.. kalau yang nak merasa naik flight tu, k0rang tunggu ler Air Asia wat tiket pr0m0 bulan 11 nih k..hehe.. (aku p0n duk tunggu gak tuk next vacati0n).. tapi tahun depan baru leh fly… Air Asia

Ni aku book tuk pi kuching bulan 9 nih..2nd trip.. mase 2 pr0m0 tiket 10sen..ni harga pi n balik tau.. same ler cam aku book tuk pi penang rituh..


Untuk h0tel pulak, aku book tune h0tel jerk.. kami pi ber’5.. s0, ambik 3 bilik.. time tuh ade pr0m0 gak.. RM20 satu malam.. 3D 2N, harga RM62.40 satu bilik.. s0, share ler berdua... yang jadi mahal tuh sebab aku add airc0nd.. kalau tak nak pon tak pe.. dalam bilik ade kipas..k0rang leh survey kat  Tune Hotel. Tuk yang berfamily, tak sesuai kat tune nih.. bilik sempit okay! . parking keta tak banyak.. 16 l0t jerk.. sape cepat dia dapat, kalau x, kne parking kat sebelah bangunan.. kena bayar rm20 semalaman..



kami sewa kereta tuk pusing2 penang.. masing2 tak tau jalan, s0, harapkan GPS je la.. tu p0n kelam kabut gak.. tetiba GPS tak nak 0n.. majuk k0t.. nasib baik dalam keta tuh ade sediakan maps. sewa keta sehari RM110.. matrix hyundai 1.6.. boleh search kat Hertz.. tapi ade g0verment tax k.. pape p0n kena survey dulu...

tempat-tempat yang kami terjah dan tidak di rancang. Ini aje yang sempat :-

  1. Persiaran Gurney (makan pasembur)
  2. Batu Feringgi (Makan chiken ch0p. best gak... lepak tepi pantai.. malam ade cam pasar malam di sepanjang jalan..
  3. Hard Rock Hotel dekat ngan batu feringgi..  ade jugak fact0ry 0utlet... leh sh0pping n berangan duk Hard Rock..haha
  4. Pasar ch0wrasta (shopping jeruk.. leh jlan kaki je dari h0tel..tapi berpeluh gak ler.. hee)
  5. K0mtar (Dekat area tuh jugak..)
  6. Balik pulau (pekena laksa penang terbaik.. Laksa janggus dan makan durian..)
  7. Padang Kota
  8. Queensbay
  9. Gurney Mall

Enj0y sangat trip nih... t0tal s0rg tiket flight + h0tel 3D 2N + sewa kereta = RM130..